Belajar GO+oleh DausDK
E1Exit 1Laluan Mula · 1 daripada 2

Apa itu GO+, dan duit korang sebenarnya pergi mana

GO+ ni ciri dalam app TNG eWallet. Bila korang pindahkan duit ke GO+, duit tu dilaburkan dalam Principal e-Cash, iaitu dana pasaran wang yang patuh Syariah. Dana macam ni letak duit dalam instrumen jangka pendek yang risikonya rendah, jadi setiap hari ada pulangan kecil masuk.

Kelebihan GO+ yang paling ketara: duit tu masih boleh terus guna untuk bayar tol, parking, kedai dan online. Bila baki eWallet biasa tak cukup, GO+ isi sendiri jumlah yang kurang. Daus sendiri guna GO+ dan dah penuhkan had RM20,000, jadi semua screenshot dalam laman ni dari akaun GO+ yang sebenar.

±4 minit · 4 langkah · screenshot sebenar dari akaun daus, 27 Sep 2026

Dana
Principal e-Cash (patuh Syariah)
Pengurus
Principal, dengan kerjasama CIMB
Mula
RM10
Had baki
RM20,000
PIDM
Tidak dilindungi

1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu

  1. AB
    Langkah 1 / 4

    GO+ duduk dalam GOfinance

    Dari skrin utama TNG eWallet, tekan GOfinance. Bahagian Spend tunjuk dua baki: eWallet biasa (RM154.88) dan GO+ (RM20,000.00). Dua-dua ni duit belanja, cuma yang dalam GO+ dapat pulangan setiap hari. Ikon GO+ ada dalam senarai produk di bawah.

    • Spend: baki eWallet + baki GO+
    • Ikon GO+
  2. ABC
    Langkah 2 / 4

    Halaman GO+: baki, earnings dan kadar harian

    Ni halaman utama GO+. Bahagian atas tunjuk jumlah baki dan had RM20,000. Bawah dia ada Total earnings (jumlah pulangan terkumpul) dan Daily return rate. Akaun daus dah penuh: RM20,000.00 daripada had RM20,000, dengan total earnings +RM1,717.46. Masa screenshot diambil, kadar harian 3.11% setahun, lebih kurang RM1.70 sehari atas RM20,000.

    • Baki GO+ daus: RM20,000 daripada RM20,000
    • Kadar harian (setahun)
    • Dana di bawah GO+: Principal e-Cash, patuh Syariah

    Banner di tengah halaman berpusing dan tawar produk lain (Goinvest, bundle unit trust). Produk tu bukan GO+ dan risikonya lain. Baca dulu sebelum tekan.

  3. A
    Langkah 3 / 4

    Baca amaran ni sekali: GO+ bukan simpanan bank

    Tekan ikon "i" sebelah Daily return rate. App terang yang kadar tu kadar bersih semalam, dan dia berubah setiap hari. Ayat paling penting: dana ni bukan capital guaranteed, bukan dilindungi PIDM, dan kerugian tak dilindungi Capital Market Compensation Fund.

    • Tak dijamin, bukan PIDM, bukan CMCF

    Jadi jangan samakan GO+ dengan akaun simpanan bank. Risikonya rendah sebab dana pasaran wang, tapi bukan sifar.

  4. A
    Langkah 4 / 4

    Apa GO+ boleh buat, ikut User Guide rasmi

    Dalam menu ⋮ GO+ ada User Guide. Ayat rasmi dia: baki GO+ dapat pulangan harian, dan baki tu diguna untuk auto isi eWallet dengan jumlah tepat bila bayaran lebih dari baki eWallet. Ni termasuk belian di kedai, online dan bayaran tol.

    • Pulangan harian + auto isi eWallet untuk kedai, online dan tol

Kalau korang belum ada GO+, stesen seterusnya tunjuk syarat dan langkah upgrade.

GO+ ialah pelaburan dalam dana pasaran wang patuh Syariah (Principal e-Cash), bukan simpanan bank. Pulangan tak dijamin, berubah setiap hari, tidak dilindungi PIDM dan kerugian tak dilindungi Capital Market Compensation Fund. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.