Cara cari dan upgrade ke GO+ dalam TNG eWallet
GO+ tak aktif secara automatik. Korang kena upgrade dulu dalam app TNG eWallet. Sebab GO+ ni akaun pelaburan, app akan minta maklumat peribadi tambahan. Ni keperluan undang-undang untuk buka akaun unit trust, bukan tanda apa-apa yang pelik.
- Syarat
- Warganegara, 18+, akaun disahkan
- Dokumen
- MyKad + selfie (eKYC)
- Kalau tak layak
- Live Chat TNG eWallet
1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 5
Tekan "GOfinance" di skrin utama
Buka app TNG eWallet. Di skrin utama, tekan ikon GOfinance.
- Tekan "GOfinance"
Ada juga kad "Grow your money, Start with just RM10" di skrin utama. Kad tu bawa ke produk pelaburan dalam GOfinance.
- Langkah 2 / 5
Tekan ikon GO+
Dalam GOfinance, tekan ikon GO+. Kalau korang belum upgrade, halaman ni bawa ke skrin pengenalan dengan butang upgrade.
- Tekan "GO+"
- Langkah 3 / 5
Semak syarat layak
Ikut FAQ GO+, korang kena: warganegara Malaysia, umur 18 tahun ke atas, ada TNG eWallet, dan dah siap proses pengesahan akaun.
- Empat syarat layak
- Langkah 4 / 5
Tiga langkah upgrade rasmi
Akaun daus dah lama upgrade, jadi daus tunjuk langkah rasmi dari FAQ. Tekan ikon upgrade dalam app, kemudian: (1) lengkapkan pengesahan akaun dengan hantar IC dan maklumat peribadi, (2) kemas kini maklumat peribadi, (3) tunggu pengesahan upgrade berjaya, baru boleh cash in ke GO+.
- Langkah 1 hingga 3
- Langkah 5 / 5
Cara semak dah upgrade ke belum
Profile → General → My Wallet Limit. Bawah "Explore our products", kad GO+ tulis "Completed" kalau akaun korang dah upgrade. Skrin ni juga tunjuk saiz wallet (RM20,000) dan had transaksi bulanan.
- Saiz eWallet
- GO+: Completed
App kata "not eligible" walaupun korang cukup syarat? FAQ GO+ sebut ia mungkin sebab kriteria produk atau keperluan undang-undang untuk buka akaun pelaburan. Hubungi TNG melalui Live Chat dalam app untuk semak sebab sebenar.
GO+ ialah pelaburan dalam dana pasaran wang patuh Syariah (Principal e-Cash), bukan simpanan bank. Pulangan tak dijamin, berubah setiap hari, tidak dilindungi PIDM dan kerugian tak dilindungi Capital Market Compensation Fund. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.