Cara hubungi TNG eWallet dan Principal bila GO+ bermasalah
GO+ melibatkan dua syarikat. TNG Digital jaga app, akaun, PIN, cash in dan cash out. Principal pula jaga dana dan kiraan earnings. Hubungi pihak yang betul supaya masalah selesai lagi cepat.
- Akaun & transaksi
- Live Chat TNG eWallet
- Dana & earnings
- Principal +603 7723 7262
- Emel Principal
- mygoplus@principal.com
- Eskalasi
- BNMLINK 1-300-88-5465
1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 3
Siapa jaga apa, ikut FAQ Contact Point
Untuk hal TNG eWallet dan GO+ (tak boleh reload, masalah PIN 6 digit, cara cash in atau cash out), guna Live Chat dalam app. Untuk hal dana Principal e-Cash (kiraan earnings, maklumat dana), emel mygoplus@principal.com atau telefon Principal +603 7723 7262, Isnin hingga Ahad 7 pagi hingga 10 malam termasuk cuti umum. Kalau aduan tak selesai, hubungi BNMLINK.
- Saluran rasmi dan waktu operasi
- Langkah 2 / 3
Profile → General → Ask Questions
Untuk Live Chat, buka tab Profile, pilih tab General, dan tekan Ask Questions. Help Centre di atasnya pula untuk artikel FAQ umum TNG eWallet.
- Tab "General"
- Tekan "Ask Questions"
- Help Centre (artikel FAQ)
- Langkah 3 / 3
Pilih "TNG eWallet"
Pilih TNG eWallet untuk soalan akaun dan perkhidmatan kewangan, termasuk GO+. Lepas tu terangkan masalah korang. Guna templat di bawah supaya tak tertinggal apa-apa.
- Tekan "TNG eWallet"
Senarai semak sebelum hubungi GO+
Hi TNG eWallet, Saya nak tanya pasal GO+. Masalah: [contoh: cash in RM200 pada 1 Okt 2026, 3:10 petang, duit dah tolak dari bank tapi tak masuk GO+]. Status dalam app: [contoh: Activity tunjuk "Processing"]. Yang saya dah cuba: [contoh: tunggu sehari, log keluar dan masuk semula]. Saya lampirkan screenshot. Terima kasih.
Saluran ini dari FAQ GO+ (Contact Point) dalam app TNG eWallet, disemak 27 Sep 2026. TNG dan Principal tak akan minta PIN 6 digit atau OTP korang melalui panggilan atau WhatsApp. Kalau ada yang minta, itu scam.
GO+ ialah pelaburan dalam dana pasaran wang patuh Syariah (Principal e-Cash), bukan simpanan bank. Pulangan tak dijamin, berubah setiap hari, tidak dilindungi PIDM dan kerugian tak dilindungi Capital Market Compensation Fund. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.