Cara cash in ke GO+: dari eWallet atau terus dari bank
Ada dua cara masukkan duit ke GO+. Cara pertama, pindah dari baki eWallet yang dah ada. Cara kedua, hantar terus dari akaun bank ke TNG eWallet guna DuitNow Transfer, dan kalau Quick Cash In hidup, duit tu terus masuk GO+.
Minimum RM10 setiap kali, tiada caj jualan, dan jumlah baki GO+ tak boleh lebih RM20,000.
- Minimum
- RM10
- Had baki
- RM20,000
- Caj
- Tiada caj jualan
- Earnings
- Esok, kalau sebelum 4 petang
1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 6
Cara 1: tekan "Add money" di skrin utama
Dari skrin utama TNG eWallet, tekan Add money di atas kanan.
- Tekan "Add money"
- Langkah 2 / 6
Pilih GO+
Senarai akaun keluar. Bahagian Spend ada eWallet dan GO+. Tekan baris GO+ untuk masuk skrin Cash In. Perhatikan juga nombor akaun TNG eWallet di atas: ni nombor yang korang guna bila nak DuitNow dari bank.
- Nombor akaun eWallet untuk DuitNow
- Tekan "GO+"
- Langkah 3 / 6
Masukkan jumlah (minimum RM10) dan sahkan
Skrin Cash In minta jumlah. Daus tak boleh tunjuk skrin tu terus dari akaun daus, jadi ni panduan rasmi dari FAQ GO+: cash in boleh guna baki TNG eWallet atau akaun bank melalui DuitNow. Dari skrin utama, mula dengan butang Reload (sekarang dipanggil Add money), pilih GO+, masukkan jumlah dan sahkan dengan PIN 6 digit.
- Panduan rasmi cash in dari skrin utama
- Langkah 4 / 6
Had cash in: jumlah baki GO+ tak lebih RM20,000
Kalau cash in dari eWallet, korang cuma boleh masukkan setakat baki eWallet yang ada, dan jumlah GO+ tak boleh lebih RM20,000. Kalau guna DuitNow Transfer, boleh sampai RM20,000 selagi jumlah GO+ tak lebih had.
- Had cash in
- Langkah 5 / 6
Macam ni rupa skrin bila GO+ dah penuh
Ni skrin Cash In akaun daus sendiri. Sebab baki GO+ daus dah RM20,000, app terus tulis "You have reached your maximum GO+ limit!" dan tawar dana unit trust lain. Kalau korang nampak skrin ni, maksudnya korang tak boleh cash in lagi sampai baki turun bawah had.
- Had GO+ penuh
- Tawaran dana lain (produk berbeza)
- Langkah 6 / 6
Yuran: tiada caj jualan
Tiada caj jualan. Yuran pengurusan sehingga 0.45% setahun dan yuran pemegang amanah sehingga 0.03% setahun. Pulangan harian yang korang terima dah selepas tolak semua yuran.
- Senarai yuran
Bila duit masuk? Cash in yang berjaya masuk ke baki GO+ serta-merta. Kalau hantar guna DuitNow, duit masuk GO+ serta-merta hanya bila Quick Cash In dihidupkan. Kalau tak, dia duduk dalam eWallet biasa.
Duit dah tolak dari eWallet tapi tak nampak dalam GO+? FAQ suruh hubungi TNG melalui chatbot dalam app.
GO+ ialah pelaburan dalam dana pasaran wang patuh Syariah (Principal e-Cash), bukan simpanan bank. Pulangan tak dijamin, berubah setiap hari, tidak dilindungi PIDM dan kerugian tak dilindungi Capital Market Compensation Fund. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.