GO+, satu skrin pada satu masa.
Duit dalam TNG eWallet boleh dapat pulangan setiap hari, dan masih boleh bayar tol dan kedai macam biasa. Laman ni tunjuk cara upgrade GO+, cash in, cash out dan baca pulangan guna skrin sebenar dari app TNG eWallet daus. Nombor kuning tunjuk apa nak tekan, ikut turutan.
- Kadar harian GO+
- 3.11% p.a.
- Mula dengan
- RM10
- Had baki GO+
- RM20,000
Korang datang sini sebab…
Jangan baca je. Tekan sendiri.
Simulator guna skrin TNG eWallet sebenar. Daus bagi arahan, korang tekan. Betul jadi hijau, salah daus tunjuk. Hujung dapat bintang, boleh cabar kawan di WhatsApp. Tiada duit bergerak, tiada akaun diperlukan.
Tengok 3 simulator ›Cara baca setiap screenshot
- 1Bulatan kuning bernombor = tekan
Ikut nombor. Kotak kuning mengelilingi butang tanpa menutupnya, jadi korang nampak jelas apa tertulis.
- ABulatan teal berhuruf = tengok
Maklumat penting yang korang perlu baca, bukan tekan.
- Kawasan gelap = abaikan dulu
Bahagian lain dimalapkan supaya mata terus ke tempat yang betul. Dalam app sebenar semua terang.
- 🔍Tekan gambar untuk besarkan
Tulisan kecil? Tekan telefon, dia buka skrin penuh.
Peta tutorial
Tekan mana-mana stesen untuk buka tutorial dengan screenshot
Kenal GO+, cari dalam app, upgrade akaun
Cash in, Quick Cash In, cash out, bayar guna GO+
Kadar harian, yuran, had RM20,000 dan pilihan lepas penuh
Bila tersangkut: FAQ rasmi, cooling-off, hubungi TNG dan Principal
GO+ ialah pelaburan dalam dana pasaran wang patuh Syariah (Principal e-Cash), bukan simpanan bank. Pulangan tak dijamin, berubah setiap hari, tidak dilindungi PIDM dan kerugian tak dilindungi Capital Market Compensation Fund. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.


