FAQ rasmi GO+ dalam app, dan hak cooling-off
FAQ GO+ dalam app lebih lengkap dari kebanyakan artikel di internet. Ada 13 bahagian, dari syarat layak sampai cooling-off. Daus guna FAQ ni sebagai sumber utama untuk laman ni.
1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 5
Menu ⋮ → FAQ
Dalam halaman GO+, tekan ⋮ di atas kanan, kemudian tekan FAQ. Menu yang sama ada User guide untuk panduan bergambar.
- Tekan "FAQ"
- User guide (panduan bergambar)
- Langkah 2 / 5
13 bahagian FAQ
Tekan tanda + untuk buka setiap bahagian. Ada kotak carian di atas kalau korang nak cari terus, contohnya "cash out".
- Cari soalan
- Cooling-Off Request to Principal Malaysia
- Langkah 3 / 5
Siapa layak cooling-off
Pelabur kali pertama Principal e-Cash. Pekerja Principal Malaysia dan orang yang berdaftar untuk urus niaga unit trust Principal tak layak.
- Pelabur kali pertama
- Langkah 4 / 5
Cara minta cooling-off
Telefon Principal Customer Care di +603 7723 7262 atau chat melalui WhatsApp. Principal akan terangkan langkah seterusnya.
- Telefon atau WhatsApp Principal
- Langkah 5 / 5
Bila duit dipulangkan
Principal pulangkan jumlah cash in pertama (termasuk yuran permohonan) dalam 10 hari kalendar selepas terima permintaan cooling-off korang.
- Dalam 10 hari kalendar
GO+ ialah pelaburan dalam dana pasaran wang patuh Syariah (Principal e-Cash), bukan simpanan bank. Pulangan tak dijamin, berubah setiap hari, tidak dilindungi PIDM dan kerugian tak dilindungi Capital Market Compensation Fund. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.